Thursday, 28 February 2019

Kursus Bahasa Inggeris Pada 3 Jan 2019


Kursus ini telah direka khas untuk klien kami. Seramai 22 orang telah menghadiri kursus ini. Kursus ini merupakan siri yang terakhir di dalam 11 siri yang dijalankan. Para peserta amat gembira dan tekun belajar kerana metodologi pembelajaran dewasa yang menggunapakai teknik simulasi, perbincangan berkumpulan, perbentangan dan lain-lain lagi amat sesuai dengan para peserta. Akhir kata, kursus ini telah berjaya meningkatkan kompetensi para peserta dalam Bahasa Inggeris.

angan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGURUSAN STOR Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983



Kursus Bahasa Inggeris


Masakini, kita tidak dapat mengelak daripada menggunakan Bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian. Ianya bahasa pengantara penting yang digunakan untuk berhubung serta menyampaikan ilmu. Namun, akibat daripada penguasaannya yang lemah, ramai yang mengelak daripada menggunakannya. Hal ini berlaku kerana kita dibelenggu perasaan tidak yakin dan malu yang berkait rapat dengan keadaan kita yang berada di dalam satu kitaran negatif berhubung dengan Bahasa Inggeris. Keadaan ini menjejaskan kewibawaan diri lantas melunturkan keberkesanan kerja dan kecemerlangan kerjaya.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Tidak Fasih Menggunakan Bahasa Inggeris


Encik Ali ialah seorang usahawan yang berjaya. Beliau hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi berkat usaha keras dan sifat tidak putus asa, beliau sekarang memiliki 5 cawangan restoran yang dinamakan Pak Ali Sedap. Pak Ali Sedap bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan, malahan juga di kalangan pelancong.

Oleh kerana Encik Ali tidak berapa fasih berbahasa Inggeris, Encik Ali sentiasa bergantung kepada anaknya Amat untuk menjadi jurubahasa beliau apabila pelancong menanyakan soalan seperti cara beliau menyediakan masakan, bahan apakah digunakan dalam masakan dan lain-lain. Salah seorang pelanggan setia warga asing Encik Ali ialah John.

John berasal dari United Kingdom, namun bekerja di salah sebuah sektor carigali minyak di Malaysia. Dia amat menyukai masakan Encik Ali. Dia akan bersara tidak lama lagi dan akan merindui masakan Encik Ali. Justeru, dia mengemukan satu idea kepada Encik Ali, iaitu menjadi rakan kongsinya dan membuka cawangan restoren beliau di UK. Modal permulaan serta pendaftaran perniagaannya di UK akan diuruskan secara percuma oleh John.

Encik Ali amat terkejut mendengar perkhabaran ini. Encik Ali telah lama mengimpikan untuk memperluaskan perniagaan nya di luar negara. Encik Ali juga berstatus duda setelah kematian isterinya dan Amat juga sudah dewasa. Namun, oleh kerana tidak mahir berbahasa Inggeris, beliau melupakan hasratnya dan menolak cadangan John.

Kajian Kes 2: Akibat Penggunaan Bahasa Inggeris Yang Salah



Fad, 18 tahun, ialah pelajar kolej komuniti dalam bidang jahitan. Fad amat berbakat di dalam bidang jahitan dan diberi nama jolokan "Tangan Emas" oleh pensyarah beliau kerana mutu jahitannya yang teliti dan kemas. Pada satu hari, pensyarah Fad telah menyarankan Fad untuk menghantar sampel jahitan Fad di pertandingan peringkat antarabangsa. Melihat potensi karyanya yang berada di persada antarabangsa, Fad bersetuju.

Bakat Fad sekali lagi teserlah kerana karyanya telah memenangi pertandingan antarabangsa tersebut. Fad amat gembira. Lebih mengejutkan lagi, Sophie, rakyat Amerika Syarikat yang menaja pertandingan tersebut ingin berjumpa Fad di kolej komuniti beliau. Pihak kolej sudah tentunya amat gembira kerana Fad telah berjaya menaikkan nama kolej komuniti di persada dunia. Pihak kolej telah bersetuju tanpa bertanya Fad terlebih dahulu.


Fad mula beresa gementar. Berbekalkan ilmu Bahasa Inggeris SPM, dia tidak yakin sama ada dia mampu berkomunikasi dengan Sophie dengan baik. Tibanya hari tersebut, Sophie telah disambut oleh pengarah kolej komuniti serta pihak kolej. Fad menunggu di kelas jahitan dengan perasaan gemuruh.


Ahirnya, Sophie bertemu Fad di kelas jahitan diiringi oleh pengarah dan pihak kolej. Pada sesi pengenalan, Fad dapat menjawab dengan baik. Namun, Sophie mula meminta Fad menunjukkan cara kerja beliau. Berikut adalah dialog Fad dan Sophie. "Fad, could you show me your work process" "Sure, first i konek (connect) the the rope (thread) into the needle" "I'm sorry?" "What you sorry for?"


Melihat perkara ini, pensyarah Fad terus mencelah dan menjadi penterjemah kepada Fad dan Sophie. Setelah peristiwa itu, Fad berasa amat malu walaupun pengarah mahupun pihak kolej tidak menyentuh tentang dialog tadi. Fad berazam untuk memperbaiki Bahasa Inggeris nya.



Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kelebihan Menggunakan Bahasa Inggeris


Setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlang, Ain ingin melanjutkan pelajarannya dalam jurusan undang-undang. Dia tahu bahawa perlunya penggunaan Bahasa Inggeris yang amat baik jika dia serius dalam mengejar cita-citanya itu. Bahasa Inggeris Ain baik, namun dia tahu membaca seksyen undang-undang amatlah rumit, bukan seperti membaca majalah hiburan di dalam Bahasa Inggeris.

Ain mula melibatkan diri di dalam kursus-kursus pendek Bahasa Inggeris. Dia tidak segan menghadiri kelas Bahasa Inggeris tahap permulaan kerana mahu belajar semula asas-asas Bahasa Inggeris. Setelah tamat kursus tahap permulaan ini, dia mula beralih ke kelas tahap yang lebih tinggi. Dia menghabiskan sepenuhnya wang kerja sambilannya dengan mengambil kelas-kelas sebegini.

Ternyata usaha dia membuahkan hasil. Dia telah mendapat band 6 di dalam MUET sekaligus melayakkan nya mengambil jurusan undang-undang tersebut. Dia juga mampu memahami subjek nya, dimana rata-ratanya menggunakan Bahasa Inggeris dengan cepat hasil kursus-kursus pendek dia sebelum ini. Genap 4 tahun, dia berjaya bergraduat dengan cemerlang dan memegang ijazah Sarjana Muda Perundangan.


Kursus Bahasa Inggeris Pada 3 Jan 2019

Kursus ini telah direka khas untuk klien kami. Seramai 22 orang telah menghadiri kursus ini. Kursus ini merupakan siri yang terakhir di ...