Ringkasan Kursus Bahasa Inggeris


Pengenalan

Kursus intensif ini telah dirumus khas untuk membimbing pelajar-pelajar menambah keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris sambil meningkatkan penguasaan kosakata, tatabahasa dan sebutan dalam suasana pembelajaran yang menarik dan penuh dengan gerak kerja dan kegiatan sesuai dengan kelompok umur mereka.


Matlamat Kursus

Masakini, pelajar tidak dapat mengelak daripada menggunakan Bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian. Ianya bahasa pengantara penting yang digunakan untuk berhubung serta menyampaikan ilmu. Namun, akibat daripada penguasaannya yang lemah, ramai yang mengelak daripada menggunakannya. Hal ini berlaku kerana pelajar dibelenggu perasaan tidak yakin dan malu yang berkait rapat dengan keadaan pelajar yang berada di dalam satu kitaran negatif berhubung dengan Bahasa Inggeris. Keadaan ini menjejaskan kewibawaan diri lantas melunturkan keberkesanan kerja dan kecemerlangan kerjaya.

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta-peserta keluar daripada belenggu kitaran negatif dan memulakan satu kitaran positif dengan pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris tanpa rasa takut untuk melakukan kesilapan kosakata, tatabahasa dan sebutan. Setelah tamat kursus, peserta-peserta akan dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin, berkesan dan bergaya lantas menjadikannya satu titik permulaan untuk terus menguasainya dengan cemerlang.

Pendekatan Kursus

Kursus ini menggunakan pendekatan kaedah pembelajaran dewasa yang mengguna pakai strategi pembelajaran aktif dan tuntas demi memastikan tahap pemahaman dan ingatan yang tinggi. Peserta-peserta akan menumpukan 80% daripada peruntukan masa kursus menjalankan aktiviti-aktiviti latihan secara perseorangan, berpasangan dan berkumpulan dalam suasana yang rancak dan penuh keriangan. Hanya 20% daripada peruntukan masa kursus dalam bentuk taklimat dan arahan daripada jurulatih.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Sukatan Kursus

Modul 1
Mengatasi Takut Menggunakan Inggeris

Perihal ketakutan menggunakan Bahasa Inggeris; Belenggu kitaran negatif; Memulakan kitaran positif; Cara mudah menambah penguasaan; Akujanji
Modul 2
Pengenalan Diri

Latihan memperkenalkan diri; Kosakata berkaitan pengenalan diri; Penggunaan tatabahasa untuk menunjukkan tempat dan masa (preposition); Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan

Modul 3
Ucap Selamat

Latihan memberi dan menyambut ucap selamat; Bertanyakan khabar; Berbual secara  spontan; Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan

Modul 4
Perbualan Asas

Latihan memesan barang; Meminta bantuan; Meminta penerangan; Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan
Modul 5
Soalan Ringkas

Latihan bertanyakan soalan menggunakan “what, where, when, why, who dan how”;  Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan

Modul 6
Perbualan Spontan

Latihan berbual secara spontan; Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan; Pembetulan sebutan
Modul 7
Ungkapan Sopan dan Santun

Latihan menggunakan ungkapan sopan seperti “please, may I, thank you”; Pengenalan kosakata dan tatabahasa yang berkaitan;
Modul 8
Pementasan Drama

Latihan bertutur dalam Bahasa Inggeris melalui pementasan drama berlandaskan cerita atau sketsa kehidupan yang bersesuaian dengan kelompok umurn peserta.


Jadual Kursus

Masa
Hari Pertama
Hari Kedua
9.00 am
Mengatasi Takut Menggunakan Inggeris  (M1)
Perbincangan dan Akujanji

Soalan Ringkas  (M5)
Latihan berpasangan
10.30 am
Minum Pagi
10.45 am
Pengenalan Diri (M2)
Latihan persendirian
Perbualan Spontan  (M6)
Latihan berpasangan

12.45 pm
Makan Tengahari
1.45 pm
Ucap Selamat  (M3)
Latihan berpasangan
Ungkapan Sopan dan Santun (M7)
Latihan berpasangan

3.15 pm
Minum Petang
3.30 pm
Perbualan Asas  (M4)
Latihan berpasangan
Pementasan Drama (M8)
Latihan berpasangan / berkumpulan

Soalan berbangkit; Rumusan kursus; Majlis penamat dan penyampaian sijil

5.00 pm
Tamat

No comments:

Post a Comment