Penceramah Kami


Azmi Shahrin 
Certificate in Training, PSMB 
Bachelor of Accounting & Economics (Hons), University of Kent, UK 
Master in Economics (Distinction), University of Malaya 
TOEIC Certificate (Gold)

Azmi Shahrin dilahirkan di Ipoh dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau mendapat biasiswa daripada Shell untuk melanjutkan pelajaran ke University of Kent, United Kingdom di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan Ekonomi. Seterusnya beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti Malaya dan kini calon PhD di universiti yang sama. Beliau adalah ahli MENSA sejak tahun 1989. Beliau memiliki pengalaman bekerja melebihi satu dekad dalam pengurusan komunikasi pemasaran, saluran pemasaran serta jenama barangan dengan beberapa syarikat termasuk Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Maxis Communications Bhd. Namun begitu, pada tahun 2003 beliau telah melepaskan jawatan yang lumayan untuk menjadi jurulatih sepenuh masa.

Titik tolak kerjaya baru ini berpunca daripada keahlian dengan Toastmasters International. Pada tahun 1998, Azmi telah menyertai Kelab Toastmasters Extol untuk mengasah kemahiran Pengucapan Awam dan berkomunikasi. Beliau memegang jawatan Presiden kelab ini pada tahun 2005-2006. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak utama dalam menubuhkan Kelab Pidato Perdana di mana beliau memegang jawatan Presiden pada tahun 2004-2005 dan kini memainkan peranan sebagai Ketua Jurulatih. Pada tahun 2007-2008, beliau telah dilantik sebagai Gabenor Bahagian W (dalam Daerah 51 Toastmasters International) dan diberi tanggungjawab mentadbir 32 kelab. Beliau juga pernah memenangi pelbagai pertandingan pidato serta anugerah-anugerah untuk kepimpinan dan khidmat cemerlang, termasuk “Toastmaster of the Year” untuk Bahagian C untuk tahun 2004-2005. Beliau juga seorang jurulatih untuk Institut Kepimpinan Toastmasters. Pada tahun 2006, beliau telah berjaya memperoleh anugerah tertinggi Toastmasters yang membawa gelaran “Distinguished Toastmaster” (DTM). Kesemua pencapaian ini telah membolehkan beliau untuk melancarkan dan menjayakan kerjaya baru sebagai penceramah dan jurulatih pengucapan awam. Azmi telah mendapat anugerah emas untuk sijil Test of English in Communication (TOEIC) setelah berjaya mendapat markah penuh 495 mata untuk bahagian mendengar dan membaca, lantas menjadikan beliau pengajar yang bertauliah untuk mengedalikan program TOEIC.

Dalam tempoh 12 tahun yang lalu, Azmi  telah melatih lebih daripada 11,000 peserta-peserta kursus daripada sektor kerajaan dan korporat untuk membina kemahiran Pengucapan Awam, Bahasa Inggeris, berkomunikasi, berunding, pengurusan dan kepimpinan (sila rujuk senarai pelanggan-pelanggan yang dilampirkan). Pada masa ini, beliau adalah Jurulatih Utama untuk Triple A Training dan Proskills Trainers. Khidmat beliau juga sering dipinta oleh pembekal-pembekal latihan yang lain seperti Asia iKnowledge, Maslow Trainers and Consultants, Knowledge Paragon, Compass Mind Asia, SubHills, Aqalivista, Emerge Knowledge Connection dan IVC . Beliau merupakan jurulatih bertauliah yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Azmi bercita-cita untuk menjadikan kemahiran pengucapan awam, berbahasa Inggeris dan komunikasi yang berkesan satu kenyataan untuk rakyat Malaysia. Beliau berasa teruja dan terdorong dengan maklum balas yang memberangsangkan daripada para pelatih dan berasa sukacita kerana berpeluang untuk berbakti kepada insan-insan yang memerlukannya.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS BAHASA INGGERIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983



No comments:

Post a Comment